Mulakan bisnes dari RUMAH


Idea bisnes dari rumah.

TAHU VS TIDAK TAHU
MAHIR VS TIDAK MAHIR
MAHU ATAU TIDAK?
Nak tak nak!



Macam-macam boleh dibuat dirumah. Jika tiada kemahiran, perlu belajar. Belajarlah dari ibu, ayah, kawan-kawan, jiran-jiran mahupun menyertai kursus yang ditawarkan dari mana-mana pusat latihan atau perseorangan. Mungkin di kolej komuniti (kos murah), MARA, atau di rumah orang. Mana-mana pun boleh. Janji BELAJAR!

Yang ada kemahiran (mungkin dapat dari pendidikan awal), contohnya memasak kuih donut, atau roti jala, guna kemahiran tersebut untuk buat duit tambahan. Yang tahu menjahit, gunakan kemahiran tersebut untuk mengambil tempahan. 

Tak confident nak buat? Cuba buat untuk diri sendiri dahulu. Atau cuba buat untuk ahli keluarga. Sedap atau tidak, selesa atau tidak, cantik atau tidak, semua itu perlu diperbaiki.
Bagaimana?

Dengan LATIH TUBI atau try and error. Yang salah kita betulkan, yang betul kita terbaikkan ia. Kerana pengalaman guru sejati!

Siapa yang nak beli? Siapa yang nak tempah? 

Pelanggan ada disekitar kita. Keluarga, jiran tetangga, rakan, rakan sepejabat. Diri kita sendiri juga adalah pelanggan! Sebab tidak perlu kita hantar kain ke tukang jahit baju! Jimat bukan?
 
 
 

 
------------------------------------------------
IDEA BISNES DARI RUMAH.
------------------------------------------------
1. Makanan 
- tempe
- makanan bermasak
- nasi lemak
- soto
- lontong
- ketupat
- lemang

2. Minuman
- aiskrim goyang
- air tebu
- air soya
- cincau
- tau fu fa

3. Kuih- muih/kek/pastry/roti/biskut
- pelbagai jenis kek
- pelbagai jenis kuih
- pelbagai jenis biskut
- pelbagai jenis roti
- pelbagai jenis pastry

4. Makanan Frozen
- karipap
- popia
- murtabak
- donut
- cucur
- samosa

5. Jahitan
- baju melayu
- jubah lelaki
- jubah perempuan
- baju kurung
- baju kanak-kanak
- langsir

6. Sulaman
- reben
- manik
- kait

7. Pendidikan
- bahasa
- agama
- tuisyen
- kemahiran

8. Kraftangan
- bunga telur
- vintage product
- pallet 
- key chain
- gubah bunga
- lipat baju

9.  Salon dan spa kecantikan
- cuci rambut
- rawatan muka
- gunting rambut lelaki
- gunting rambut wanita
- mekap

10. Kejuruteraan
- kerja welding
- kerja kayu

11. Tanaman
12. Ternakan dan tanaman
- pokok dalam pasu
- pokok bunga
- sayuran
- ayam kampung
- itik
- lembu
- kambing

13. Sewaan
- kereta
- rumah
- baby stroller
- peralatan katering
- khemah
- pakaian pengantin

14. Pengasuh
- bayi
- kanak-kanak
- orang tua

15. Penghantaran
- budak sekolah

16. Pusat sehenti (transit)

17. Penyelenggaraan dan servis
- komputer
- penyaman udara
- peti sejuk
- motor
- kereta
- perabot
- alat elektrik
- hp

18. Online marketing

No comments:

Post a Comment